Cara Mudah Menjaga Anak Demam Panas

Anak-anak adalah amanah dan harta yang paling berharga bagi sesebuah keluarga. Tanpa tawa, nangis, senyuman dan riuh rendah anak-anak, rumah seakan suram, jiwa kosong. Biarpun ada masanya mereka buat kita penat, mereka buat kita menangis dengan perangai dan helah masing-masing tetapi bila anak-anak sakit, bila anak-anak demam, perasaan risau dan sedih pasti ada mengenang dan membayangkan kanak-kanak seusia mereka menanggung sakit.

Cara-jaga-anak-demam-panas

Malam ini, saya menulis dikala saya masih terjaga walaupun waktu sekarang sudah pukul 2 pagi. Pengalaman mengajar saya untuk lebih berhati-hati ketika anak demam panas, kerana pernah melalui detik cemas anak pertama terkena SAWAN disebabkan kurangnya ilmu sebagai seorang ibu muda ketika itu. Dari pengalaman ngeri itulah saya terfikir untuk berkongsi tips dan petua cara menjaga anak demam panas malam ini :

1. Periksa Suhu Badan

Sentiasa ukur suhu badan anak dengan termometer / jangka suhu. Peringkat ini sangat harus diberi perhatian kerana dikhuatiri suhu badan melebihi 39’c akan menyebabkan sawan. Bahaya sawan boleh mengakibatkan kecacatan otak. Nauzubillahiminzalik. Petua sawan yang saya dapat ketika kes anak pertama saya dulu:

  • Ibu jangan panik
  • Terus basahkan badan anak, buka pakaian.
  • Beri Ubat Paracetamol minum atau sumbat. (ketika ini sudah berada di hospital – kes anak pertama)
  • Selimutkan anak dengan tuala basah sehingga suhu turun. (cara hospital emergency)
  • Pergi terus ke Hospital atau Klinik berhampiran jika sawan dan suhu panas tidak turun.

2. Tuam Tuala Basah

Ambil tuala dan basahkan, tuam pada bahagian kepala, dahi, ketiak, badan, kaki bagi mengurangkan rasa panas dalam si anak. Sedangkan kita pegang pun terasa panas, apalagi si anak kan.

3. Beri Ubat Demam

Jika panas tidak turun, terus berikan paracetamol untuk meredakan sedikit panas. Perlu ikut sukatan yang telah ditetapkan. Anak yang tidak suka minum ubat boleh cuba ubat sumbat lebih mudah. ( Rujuk doktor terlebih dahulu)

4. Pakaian Sesuai

Ketika anak demam, jangan pakaikan dengan pakaian tebal atau pakaian tertutup. Beri anak pakaian yang nipis lebih mudah suhu panas badan akan turun.

5. Jaga Makan Minum

Lebihkan minum air untuk elakkan dehidrasi, kalau boleh setiap setengah jam atau 15minit beri mereka minum air. Beri makanan yang mudah dihadam seperti sup dan bubur.

6. Jaga Waktu Tidur

Waktu malam adalah waktu yang perlu dititik beratkan, lupakan tidur yang nyenyak ketika anak demam. Nanti menyesal seumur hidup! Tips dari saya berganti tidur dengan suami, Set Alarm setiap beberapa jam takut terlena sampai kesudah.

7. Sapu Herbal Blend Cream / Mandi Basic H

Herbal Blend Cream ini dirumus daripada ekstrak tulen herba semula jadi yang sungguh menyegarkan termasuk sej, horse chestnut, yarrow dan rosemary tanpa paraben dan tanpa bahan kimia. Dari testimoni kawan-kawan yang berhasil, Herbal Blend shaklee ini boleh membantu meredakan tekanan dan menurunkan suhu panas badan anak. Boleh sapu dibahagian kepala dan seluruh badan. Rasanya sejuk-sejuk mint. Mandikan dengan Basic H juga bagus untuk anak-anak demam. Ianya membantu membuang kotoran dan bahan toksid dari badan. Basic H juga adalah tanpa bahan kimia semulajadi selamat untuk seisi rumah.

8. Beri Suplemen Kuatkan Imun Sistem

Anak-anak yang kuat antibodi, makanan terjaga biasanya kurang kerap terkena jangkitan, batuk demam dan selesma. Suplemen terbaik, selamat dan halal yang sesuai untuk tambahkan nutrisi tingkatkan imunisasi kanak-kanak adalah seperti Nutriferon, Omega Guard, Mealshake, Vitalea For Children, Chewable Vita C. ( Dapatkan konsultasi lanjut sebelum beli) Klik sini :Suplemen selamat untuk kanak-kanak

9. Doa 

Berdoalah setiap waktu minta dipermudahkan Allah dalam menjaga amanahnya ini. Sebut nama anak dalam doa minta diberi kesembuhan dan kekuatan menghadapi sedikit dugaan dan cabaran dariNYA.

Sekian sedikit petua cara saya menjaga anak-anak saya ketika demam, Alhamdulillah anak-anak saya pun jarang demam, anak ketiga saya FARISHZAYDAN ni masih breastfeed dengan saya, jadi saya ada kelebihan beri air susu pada dia.  Susu yang berkualiti dari pemakanan si ibu yang berkualiti. Selamat memberi yang terbaik untuk anak-anak anda. Semoga perkongsian saya ini sedikit sebanyak memberi manfaat untuk anda terutama bagi yang baru bertukar status menjadi seorang ibu.


(Visited 228 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge