Belum mampu beli pump susu? Jom belajar Teknik Marmet”

Teknik yang dikenali sebagai Marmet ini adalah teknik yang sangat mudah. Selain menggunakan pam untuk mengumpul stok susu perahan, teknik ini sangat jimat tanpa memerlukan kos iaitu hanya menggunakan tangan. Pada peringkat awal, bagi sesiapa yang belum pernah melakukanya sendiri memang nampak teknik ini remeh. Namun, jika anda tahu teknik yang betul, anda akan rasa seronok menggunakan teknik ini untuk mengumpul susu perahan tanpa bergantung kepada pam semata-mata. 

 

Pertama kali saya belajar “Teknik Marmet” adalah ketika meyertai Seminar Mudahnya Menyusu anjuran Pump On The Go bersama Cikgu Ain pada 25 januari 2015 yang lalu. Banyak yang saya belajar termasuk mempelajari secara praktikal  bagaimana Teknik Marmet yang betul. Dengan itu, jika ada sesiapa di sini yang ingin belajar secara praktikal sehingga berkesan boleh saja menghubungi saya. Oleh kerana saya jatuh cinta dalam bidang penyusuan ini, saya akan ajar anda secara PERCUMA . Walaupun ilmu penyusuan saya baru sedikit, tapi andai ada yang memerlukan, saya senang hati membantu.

Sebelum melakukan Teknik Marmet, sangat disarankan untuk kita melakukan Urutan Payudara bagi proses pemerahan berjalan dengan lancar. Apapun sebelum itu, Pastikan kedua-dua belah tangan dicuci bersih menggunakan sabun dan air. Kemudian ambil tuala kecil dan rendam dengan air suam dan tekapkan pada payudara sebelum berurut.

Langkah-Langkah Urutan Payudara :

  • Massage

Dengan menggunakan jari telunjuk dan tengah, lakukan gerakan membulat dari hujung ketiak hingga ke aerola. Tangan kanak mengurut payudara kiri manakala tangan kiri mengurut payudara kanan.

  • Stroke

Dengan menggunakan kelima-lima jari tangan, tekan payu dara secara lembut. Dan anda juga boleh menggunakan Sikat untuk menyikat payudara dari bahagian hujung ke aerola.

  • Shake

Dengan posisi tubuh yang condong ke depan, goyangkan dada anda secara lembut. Dengan cara ini, daya graviti yang terhasil akan membantu merangsang pengeluaran susu ibu.

Setelah selesai sesi urutan, boleh lah mulakan sesi memerah menggunakan “Teknik Marmet”.

Langkah 1: Mengalirkan takungan susu

  1. Buat pegangan C dengan meletakkan ibu jari lebih kurang 1sm daripada aerola. Manakala, jari telunjuk dan jari tengah diletakkan di bahagian bawaj aerola. (Kedua-dua jari ini berfungsi menampung bahagian bawah payu dara.) Memandangkan payudara setiap ibu berbeza, anggap saja payudara anda seperti jam. Arah ibu jari berada pada jam 12 dan dua jari yang lain berada di posisi jam 6.
  2. Tekan Payudara secara lembut ke arah dada tanpa memindahkan posisi jari telunjuk dan tengah tadi.
  3. Seterusnya picit ibu jari, jari tengah dan telunjuk bagi menggalakkan susu ibu keluar daripadada puting. Kemudian lepaskan dan ulang semula dengan melakukan pergerakan picit-lepas-picit-lepas.
  4. Ulangi langkah 1 hingga 3 sehingga aliran susu berkurangan.
  5. kemudian pindahkan posisi ibu jari ke arah jam 11, 10, 9, 8, dan 7 manakala jari telunjuk dan tengah tadi ke arah jam 5, 4, 3, 2, dan 1. Lakukan gerakan memerah sama seperti langkah 1 hingga 4 supaya kesemua saluran susu dapat diperah sepenuhnya.
  6. Tadah susu yang berjaya diperah ke dalam bekas penyimpanan yang bersih.
  7. kemudian, beralihlah ke payudara sebelah jika anda yakin sudah berjaya mengosongkan payu dara.   
Nota tambahan : semasa melakukan rutin picit lepas, jangan lupa untuk terus menerus mengurut payudara. cara sebegini lebih membantu susu ibu mengalir dengan lancar. Manakala, elakkan pergerakan seperti Jangan picit puting payudara, kerana boleh menyebabkan lebam. Seterusnya Jangan tarik puting kerana ia boleh merosakkan tisu payudara. Dan Jangan geselkan tangan anda ke payudara kerana boleh menyebabkanya melecet.

 

Langkah 2: Melancarkan aliran susu

  1. Urut setiap saluran susu dengan menekannya secara lembut menggunakan kelima-lima jari ke arah dada bermula bahagian atas. Lakukannya dalam gerakan memutar. Tumpukan pada satu tempat (saluran susu) bagi setiap masa untuk beberapa saat sebelum beralih ke tempat lain.
  2. Usap payudara bermula daripada bahagian atas hingga ke puting menggunakan sentuhan geletek. Teruskan pergerakan ini di mana ia dapat menenangkan anda dan seterusnya membantu melancarkan aliran susu.

Manakala, tempoh pemerahan keseluruhan prosedur ini seharusnya dilakukan dalam tempoh 20 hingga 30 minit sahaja. Perah setiap sebelah payudara antara 5 hingga 7 minit. Setelah itu, lakukan urutan (massage,stroke,shake). Kemudian perah lagi setiap sebelah payudara dalam 3 hingga 5 minit. Seterusnya, ulang semula rutin urutan dan diakhiri dengan sesi pemerahan antara 2 hingga 3 minit bagi setiap sebelah payudara. Dan ketika melakukan teknik marmet ini, pergerakan harus lebih cepat daripada mata. Dan ingat, teknik yang tidak tepat boleh mencederakan payudara anda. Jika anda sudah mencuba tetapi gagal, janga segan silu bertanya saya. Selamat mencuba.

 

 

(Visited 225 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge