Arnab Village Kundasang, Ranau.

“Perkampungan Arnab” yang semakin dikunjungi ramai ini adalah antara aktiviti menarik terbaru di Kundasang Ranau. Pertama kali menjejakkan kaki ke Arnab Village Kundasang pada 16 September 2017 yang lalu bersama anak-anak dan keluarga membuatkan hati ingin berkongsi pada orang ramai lokasi untuk ke sana. Bagi sesiapa yang belum pernah sampai bolehlah ikut petunjuk ini.

Arnab Village Ranau ini terletak di perantaraan Kundasang dan Ranau, jika perjalanan dari Kundasang, simpang untuk ke sana adalah sebelah kanan jalan. Dari tepi jalan besar boleh nampak signboard “Jalan Kibbas Mohimboyon Kundasang” kemudian jalan masuk kita akan lalu Sekolah Rendah Kinondou Ranau dan Jalan terus lagi ke depan sehingga jumpa gerbang Kampung Purakagis, Ranau.


Di Kampung Purakagis Ranau inilah terletaknya ” Perkampungan Arnab” yang comel-comel ini. Tetapi ambil perhatian juga pada kenderaan-kenderaan yang rendah, kena berhati-hati ya, kerana jalan untuk ke sini tidak rata, banyak berombak, berlubang, turun naik bukit dan ada sesetengah jalan yang masih gravel.


Tiket Masuk Arnab Village adalah seperti dibawah:


Manakala makanan arnab pula boleh dibeli dengan harga Rm1.00 seplastik. Terdapat juga peraturan yang harus dipatuhi oleh pengunjung Arnab Village seperti:

  • Jangan cederakan arnab
  • Jangan bagi snack @ makanan manusia
  • Jangan tarik arnab menggunakan telinganya
  • Jangan angkat arnab terlalu tinggi


Melihat wajah ceria anak-anak di Arnab Village ini memberi kebahagian bagi kami sebagai ibu bapa, sekali-sekala bawa anak-anak bercuti apa salahnya kan hehe:) Sekiranya entri ini bermanfaat untuk anda boleh saja kongsi dengan orang ramai. Jika tidak jumpa jalan ke sana boleh saja direct hubungi saya untuk pertanyaan: 016-8068065

(Visited 216 times, 9 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge