Cara Merawat Mastitis

Pengalaman sangat – sangat mendewasakan, baru sahaja dua hari yang lepas saya mengalami bengkak susu dan mastitis yang sangat menyakitkan. Hari ini saya mahu kongsikan pengalaman itu untuk pengetahuan anda yang akan mengalaminya di kemudian hari.

Apa itu Mastitis?

Mastitis adalah keradangan pada buah dada yang akan menyebabkan buah dada menjadi bengkak susu. Bengkak susu biasanya terjadi apabila susu badan terhasil dengan banyak terutama sekali ketika baru 2 atau 3 minggu selepas bersalin. Bengkak susu juga boleh dialami dan di lihat oleh si ibu seperti buah dada membengkak, sakit, berdenyut, membonjol terasa penuh dan tidak selesa. Selain itu, bengkak susu juga biasa terjadi apabila jadual menyusu si anak berubah terutamanya apabila bayi anda sudah kurang menyusu di sebabkan sudah mula makan makanan solid bermula umur 6bulan.

Walau bagaimanapun, bengkak susu ini adalah normal terjadi pada seseorang di kalangan sepuluh orang ibu di dunia ini. Dengan ini, anda jangan terlampau risau jika ianya berlaku pada anda satu hari nanti.

Cara Merawat Bengkak Susu

Di Bawah ini Tips untuk anda yang mempunyai masalah yang sama seperti saya :

  • Jangan berhenti menyusui anak anda, kerana hisapan bayi lebih efektif dari meggunakan pump.
  • Pastikan mulut bayi melekap dengan baik pada buah dada dan menyusu dengan betul.
  • Jika bayi masih belum pandai menyusu dengan baik, boleh cuba perah menggunakan tangan dan pump susu.
  • Tuam buah dada (di kawasan yang membengkak) menggunakan tuala suam suam panas untuk memberi keselesaan dan juga membantu saluran susu mengalir dengan baik.
  • Urutan buah dada mengikut arah pusingan jam, salah urut boleh menyebabkan saluran susu tersumbat. Hati -hati ya.
  • Tips orang lama juga boleh di ambil pakai contoh lekapkan daun kobis daun sayur manis pada buah dada untuk membantu meredakan haba panas pada buah dada yang membengkak.
  • Telan Vitamin Lecithin dari Shaklee yang juga berfungsi untuk elakkan duktus susu tersumbat.
  • Jika dalam masa 24 hingga 48 jam, bengkak susu masih belum surut dan menyebabkan anda demam, pergilah ke klinik untuk dapatkan nasihat doktor.

 

 

(Visited 101 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge