Air Terjun Mahua, Tambunan

Paling happy anak-anak kami hari ni dapat mandi Air Terjun Mahua Tambunan. Sebenarnya sudah lama teringin kesini, tapi barulah hari ni berkesempatan untuk datang. Perjalanan kami hari ni unplanned. Gerak dari rumah agak lewat juga pada jam 11.30 am dan tiba di Tambunan pada jam 1.00 pm. Dan oleh kerana bila kami Google Search masih kurang info tentang Mahua Waterfall so…saya tulislah disini ya untuk kenangan dan info bersama.

Air Terjun Mahua Tambunan Sabah


Mahua Waterfall Tambunan adalah Sub Station Taman Banjaran Crocker yang dibawah kendalian Sabah Park. Terletak di Daerah Tambunan iaitu kira-kira 90km dari Bandar Kota Kinabalu, 14km dari Pekan Tambunan dan 6km dari simpang Kg Patau, Tambunan. Perjalanan kesini boleh melalui Penampang atau Ranau atau juga dari Kimanis – Keningau. Hari ini kami pilih untuk ikut jalan Penampang dari Kota Kinabalu. Perjalanan untuk ke Tambunan banyak selekoh so kena berhati-hati sepanjang perjalanan itu sudah semestinya hehe. Sampai saja d Moyog suhu sekitar mulai terasa sejuk sebab sudah memasuki kawasan tanah tinggi. Pemandangan sepanjang perjalanan Subhanallah hebat, sejuk mata memandang, sesuai untuk berholiday bagi pencinta keindahan alam semulajadi seperti kami haha.  Pertengahan jalan kami berhenti di gunung alab resort untuk  berehat sebentar. Siapa yang mencari tandas disanalah tempatnya hehe.


Landmark ke Mahua Waterfall

Untuk yang belum pernah sampai, Landmark untuk ke Mahua adalah apabila tiba di round about untuk ke Pekan Tambunan. Simpang ke kanan adalah perjalanan ke Pekan Tambunan. Manakala, simpang ke Kiri adalah perjalanan terus ke Pekan Ranau. Tidak jauh dari round about lebih kurang 15 minit akan sampai ke Kampung Patau dan kita akan nampak signboard biru dan coklat di tepi simpang ke Mahua Waterfall. Sebelum simpang kita akan lalu Sekolah Rendah Patau, Tambunan. Kemudian masuk sahaja simpang ada 6KM lagi untuk sampai Tapak Stesen.

Selepas kaunter tiket, kena berjalan lagi dalam 10 -15 minit untuk sampai ke Air Terjun tu, ingatkan terus sampai haha. Dalam perjalanan masuk tu suka betul anak-anak dapat pegang lumut, peluk pokok adehhh kesian betul macam baru first time masuk hutan hehe. Tapi siapa yang bawa kanak-kanak kena hati-hati sebab jalan licin. Pengalaman kena gigit penyengat di sini juga paling tidak dilupakan, punya sakit haha.


Tiket Masuk Air Terjun Mahua

  • 18Tahun ke atas : Rm3 (Malaysia) Rm10(Non Malaysian)
  • Bawah 18 Tahun : Rm1 (Malaysia) Rm6 (Non Malaysian)
  • Bawah 15Tahun(student) : Rm0.50 (Malaysia) Rm6 (Non Malaysian)

Sampai saja di kawasan Air Terjun. Kami terus berphotography berlatarbelakangkan Air Terjun yang sangat indah ciptaan Allah ni, selepas tu baru sesi mandi manda hehe, Please jangan biarkan anak-anak mandi seorang diri ya, bahaya banyak batu licin. Ramai juga orang datang sini dengan kawan-kawan dan keluarga masing-masing, so siapa yang tidak pernah datang sini, bolehlah layan gambar-gambar kami dulu sebelum plan untuk datang hehe.


Air Terjun Mahua TambunanPerjalanan pulang kami tembus ke Kundasang Ranau untuk cari makan, singgah solat dan hantar vitamin shaklee, kalau awal boleh juga round-round kundasang tapi sudah lewat. sempat beli sayur-sayur kundasang jak terus balik hehe. Lebih kurang 5.30 petang kami turun balik ke Kota Kinabalu. Alhamdulillah percutian sehari kami berjalan lancar dengan izin Allah. Semoga entri ini bermanfaat.

(Visited 215 times, 1 visits today)

One thought on “Air Terjun Mahua, Tambunan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge