9 Jenis Penyakit Popular Menyerang Wanita

Sebagai seorang wanita, saya juga tidak lari dari memikirkan hal-hal kesihatan. Apalagi sebagai tulang belakang suami untuk menguruskan hal-hal keluarga. Tiada siapa yang inginkan penyakit tiba-tiba menyerang seperti penyakit kanser. Oleh itu kita harus lebih peka terhadap kesihatan! Sikap acuh tak acuh kepada sebarang tanda-tanda penyakit boleh mengundang bahaya.

 kanser wanita 
 

Mari kita kenali 9 Penyakit yang banyak menyerang wanita:

  • KANSER

Penyakit Kanser adalah penyakit berbahaya yang mengundang maut. Dua jenis Kanser yang popular dikalangan wanita adalah Kanser Servik dan Kanser Payudara. Perhatian awal perlu ditekankan pada keadaan badan, perasaan tahap kesihatan diri dan juga bentuk serta rupa struktur badan. Sebaiknya juga melakukan pemeriksaan jika terdapat perubahan pada diri seperti adanya benjolan di sekitar payudara yang mungkin menyebabkan Kanser Payudara.  Dan melakukan Ujian Pap Smear Setiap tahun untuk mengelakkan sebarang kemungkinan.

Punca yang menyebabkan Kanser adalah seperti tidak menjaga pemakanan, gaya hidup yang tidak sihat, stress dan kurang bersenam. Malah, Kanser Payudara juga melibatkan peningkatan umur, sejarah keluarga, pembawaan gen genetik yang abnormal, penggunaan hormon gantian tanpa pengawasan doktor dan juga pendedahan radikal bebas. Selain tu, Kanser Serviks pula berisiko tinggi kepada pesakit HIV dan yang mempunyai sistem imuniti badan yang lemah. Peringkat awal Kanser jenis ini biasanya akan mengalami masalah seperti discaj atau lelehan abnormal melalui faraj. pendarahan abnormal dan pendarahan selepas hubungan kelamin. Pemeriksaan dan rawatan awal mampu menyelamatkan nyawa anda,

  • SAKIT JANTUNG

Serangan sakit jantung akan berlaku apabila terdapat kerosakan pada otot jantung, ekoran daripada pengurangan pengaliran darah yang membawa oksigen dan nutrien kepada sel-sel jantung. Serangan Jantung biasanya bermula apabila terdapat satu plak bekuan kolestrol yang tertanggal daripada dinding saluran darah dan tersangkut pada bahagian kapilari darah yang lebih sempit akhirnya menyebabkan pengaliran darah tersumbat. Apabila sel-sel otot jantung kurang mendapat bekalan makanan dan oksigen, Ia akan merosot, akhirnya mati dan berhenti berfungsi. Keadaan seperti itu akan menyebabkan serangan jantung secara tiba-tiba.

Punca Sakit Jantung juga boleh mengikut keturunan, stress, merokok, alkohol, kurang aktiviti senaman, masalah kegemukan dan tabiat pemakanan yang tidak sihat.

  • OSTEOPOROSIS

Osteoporosis berlaku disebabkan kerana penurunan jumlah kalsium di bahagian tulang. Wanita yang kurang mengambil kalsium, wanita yang pernah hamil dan menyusukan anak sepenuhnya dan juga wanita yang berumur 40 tahun ke atas akan mulai kekurangan kalsium. Oleh kerana itu mulakanlah amalkan makanan yang mengalami kandungan kalsium yang tinggi seperti susu, yogurt, keju dan lain-lain untuk mencegah daripada penyakit ini. Tetapi jika anda tidak menggemari makanan seperti itu, bolehlah amalkan suplemen kalsium yang boleh membantu menguatkan dan memadatkan jisim tulang agar tidak mudah rapuh.

Punca Osteoporosis juga boleh disebabkan anda sering melakukan kerja berat dan tidak mengambil suplemen menguatkan otot tulang.

  • DEPRESI / TEKANAN

Berbanding lelaki, Wanita juga tidak kurang sering mengalami gangguan emosi. Didatangi haid setiap bulan, bersalin, menjaga anak, menguruskan hal rumah tangga, kerja, kepenatan sering mengharapkan sokongan dari orang terdekat. Jika gangguan emosi wanita tidak dikawal boleh menyebabkan kekacauan jiwa seterusnya sampai ke masalah mental. Wanita yang mengalami ketidakseimbangan hormon selepas menopous juga menjadi penyebab utama depresi. Sebagai langkah awal pencegahan, lakukan kegiatan dengan berinteraksi aktif dengan orang lain.

Punca Tekanan ini biasanya dikaitkan dengan selalu berseorangan, berfikiran negatif dan tidak mendapat sokongan daripada orang sekeliling.

  • KENCING MANIS

Penyakit Kencing Manis atau Diabetes merujuk kepada kadar gula atau glukosa yang terapung di dalam darahnya. Bacaan Gula yang tinggi sering mengalami gejala – gejala seperti Kerap Dahaga, Kerap Lapar, Kerap Membuang Air Kecil, Sering Keletihan, Pengurangan Berat Badan secar mendadak, Penglihatan menjadi kabur malah akan merasa kebas pada kaki dan tangan. Keadaan Kencing Manis yang serius kebiasaanya memelukan mereka disuntik insulin. Tapi sebelum sampai ke tahap itu, cuba dulu sedaya upaya dengan cara rawatan semulajadi, kerana suntik insulin akn timbul pelbagai kesan seperti menjadi pelupa dan kurus yang sangat teruk.

Punca Penyakit ini seringkali dikaitkan dengan pengumpulan asid yang banyak di bahagian renal. Rembesan insulin yang kurang daripada pankreas yang tidak terkawal disebabkan oleh gaya pemakanan yang tidak sihat semestinya.

  • STROK

Serangan Strok berlaku apabila salah satu saluran darah utama di otak tersumbat. Saluran darah yang membeku atau pecah akan menyebabkan pemberhentian bekalan darah kepada sel-sel otak yang akhirnya menyebabkan kematian tisu saraf otak yang mengawal fungsi badan tertentu. Serangan strok biasanya tidak membawa apa-apa rasa sakit sebelum serangan berlaku. Ia berlaku secara tiba-tiba, kebiasaanya pesakit akan pengsan dan kemungkinan besar menjadi lumpuh di bahagian tertentu.

Punca strok juga adalah daripada tekanan darah yng sangat tinggi , kencing manis, merokok, kolestrol dan obesiti.

  • TEKANAN DARAH TINGGI

Tekanan darah tinggi atau hipertensi adalah keadaan cairan darah dalam tubuh menekan dinding arteri dengan cukup kuat sehingga menyebabkan masalah kesihatan seperti penyakit jantung dan strok. Tekanan darah ditentukan dengan jumlah darah yang dipamkan oleh jantung. Punca Hipertensi ini dikaitkan dengan usia, genetik, obesiti, tidka bersenam, merokok, terlebih garam dalam tubuh, sedikit vitamin di dalam darah, terlalu banyak minum alkohol dan juga stress.

  • OBESITI

Obesiti pula ditakrifkan sebagai seseorang yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Dalam erti kata lain badan seseorang yang tidak ideal dengan ketinggian. Punca obesiti juga boleh disebabkan genetik, pola makan yang berlebihan, kurang bersukan, pengaruh emosi dan lingkungan persekitaran.

  • KEPUTIHAN

Keputihan adalah cairan abnormal yang keluar dari vagina. Keputihan adalah disebabkan jangkitan. Keputihan normal biasanya berwarna jernih hingga pekat seperti susu. Biasanya ia muncul bergantung pada waktu subur seorang wanita. Tetapi jika anda mendapati keputihan tidak normal seperti kuning, hijau bersama bau yang tidak menyenangkan, ataupun pendarahan, maka ia perlu diberi perhatian. Keputihan begini kebiasaanya menunjukkan penyakit.

Punca keputihan biasanya dikaitkan dengan penggunaan antibiotik berlebihan, sabun atau losyen wangi yang tidak sesuai, haid tidak teratur atau hormon estrogen yang berlebihan.  

sabah vivix tawau sabah Sempena Hari Wanita sedunia, sama-sama kita sayangi tubuh badan kita demi orang tersayang. Hadiahkan supplemen terbaik Vivix Shaklee untuk bahagiakan diri sendiri. Vivix Shaklee adalah produk yang sangat Hebat sehingga boleh tembus ke DNA badan manusia dan ia sangat berkesan untuk merencat sel-sel kanser dari semakin serius. Semoga info ini bermanfaat untuk semua. 

 

(Visited 134 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge