7 Tips Cara Mengatasi Kulit Kering dan Kusam

Kulit wajah yang kering boleh menyebabkan kedutan dan menjadikan komplikasi kulit menjadi kusam. Walaupun kita tinggal di iklim tropika yang mempunyai tahap kelembapan yang tinggi, pendedahan kulit kepada sinaran matahari, mandian panas dan kesan dari penggunaan hawa dingin juga boleh menyebabkan kulit menjadi kering, lesu dan kusam. Saya adalah salah seorang yang sering mengalami masalah kulit kering, ada satu tahap apabila kelembapan kulit menghilang, kulit menjadi merekah seterusnya menimbulkan ruam dan kegatalan. Jika masalah begini tidak dirawat dengan segera, kekeringan ini boleh menyebabkan kerosakan di lapisan kulit dalam. Oleh itu saya selalu mencari penyelesaian mengikut pro dan kontra yang sesuai untuk masalah kulit saya. Antara tips dan cara yang berjaya saya gunakan untuk mengembalikan kelembapan kulit saya adalah seperti dibawah.

7 Tips Cara Atasi Kulit Kering dan Kusam

  • Banyak Minum Air

Kunci utama kelembapan kulit adalah air. Bila badan kekurangan air sel kita akan kering. Bayangkan buah epal yang sudah kering layu, begitulah kulit kita apabila kekurangan air. Minum air 3L sehari atau lebih adalah baik untuk sistem badan kita berjalan dengan lancar. Minum air selepas bangun dari tidur antara tips yang saya selalu amalkan juga baik untuk masalah kulit kering.

  • Gunakan Mosturizer / Uv Protection Lotion

Penggunaan krim pelembap kulit seperti Mosturizer setiap hari terutama pada setiap kali selepas mandi adalah sangat disarankan. Ini kerana kulit yang dibasahi terlebih dahulu akan menyebabkan air terperangkap di bawahnya. Sapuan mosturizer akan menyerap baik bersama air yang terperangkap di bawah kulit. Saya juga mula mengamalkan Uv Protection Lotion sebelum keluar rumah untuk mengelakkan terkena uv sinar matahari yang boleh merosakkan kulit dimana ianya sangat baik untuk mengatasi kulit kering dan kusam.

  • Keperluan Makanan 

Makanan yang tinggi Zat Besi dan Mineral seperti sayur-sayuran, buah buahan, juga asid lemak yang perlu seperti ikan, kekacang, flaxseed dan sebagainya juga baik untuk mengatasi kulit kering.

  • Bersenam

Senaman setiap hari dapat meningkatkan kadar kitaran darah di dalam tubuh. Usahakan untuk bersenam keluarkan peluh untuk kulit sihat.

  • Ambil Suplemen 

Vitamin yang sangat baik dan berkesan untuk mengatasi kulit kering adalah :

1) Energizing Soy Protein – Sumber Protein untuk pembentukan sel kulit yang sihat.

2) Gla Complex – Gabungan Minyak Borage yang baik untuk stabilkan hormon, memberi kelembapan dan mencantikkan kulit, kuku, rambut.

3) Vitamin C – Membantu merangsang pembentukan kolagen kulit

4) Omega Guard – Asid Lemak EPA DHA yang baik untuk saluran darah yang lancar

5) Collagen Powder – Kolagen dari sisik ikan merah laut dalam yang membantu elastikkan kembali kulit yang kering dan kusam

Set shaklee Kulit cantik

  • Masker Wajah

Anda boleh lakukan masker sendiri dirumah dengan menggunakan minyak zaitun ataupun Yogurt dicampur dengan pisang. Masker daripada ESP Soy Protein + Vitamin C juga boleh amalkan untuk dapatkan kulit yang sihat dan cantik.

  • Detoks

Sekiranya anda belum pernah melakukan detoks, saya sangat sarankan untuk mulakan proses detoks. Ini kerana, berdetox membolehkan zat makanan ataupun suplemen yang ambil lebih berkesan dengan baik. Ingin tahu keperluan detox? klik sini : Kepentingan Detox

Tips ekstra untuk dapatkan kulit yang sihat dan tidak kusam adalah elakkan stres, senyum selalu dan sentiasa lah berfikiran positif dengan orang sekeliling😍

Anda mempunyai masalah kulit kering dan kusam? Ingin mencuba Set Vitamin untuk kulit kering? Jangan tunggu lagi, hubungi saya sekarang : 016-8068065 atau beli terus di sini :

belisekarang

Semoga bermanfaat.

(Visited 118 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge