10 Tempat Menarik untuk dilawati di Kundasang Ranau Sabah

Sebelum ini saya ada kongsikan  entri penginapan terbaik di Kundasang,  kali ini saya akan kongsikan aktiviti dan tempat menarik yang mesti anda lawati sekiranya berkunjung ke Kundasang, Ranau, Sabah. Sempena Cuti Sekolah hujung tahun ni, mesti ramai yang teringin cuti-cuti Malaysia dengan keluarga tersayang. Bagi sesiapa yang sudah merancang bercuti ke Kundasang  Ranau Sabah. Info ringkas ini untuk anda. Antara 10 Tempat Menarik yang boleh anda kunjungi  di Kundasang, Ranau Sabah adalah :

10 tempat menarik di kundasang ranau sabah

  • DESA CATTLE DAIRY FARM, KUNDASANG.

Dikenali sebagai “Little New Zealand” yang terletak di kaki gunung kinabalu.  Di sini anda akan dapat melihat pemandangan yang begitu indah dan sejuk mata memandang dengan berlatarkan seluas luas kehijauan tumbuhan semulajadi dan Gunung Kinabalu diiringi cuaca sejuk dingin yang menyegarkan. Ramai yang datang ke sini dapat gambar yang cantik-cantik belaka ala-ala New Zealend, jadi jangan lepaskan peluang bergambar puas-puas disini ya:)

desa-dairy-farm-kundasang

tempat-bergambar-cantik-di-kundasang

Tarikan sebenar di sini adalah ladang lembu yang mengeluarkan kira-kira 900,00 liter susu setahun. Ia juga merupakan destinasi ideal untuk seisi keluarga, di mana terdapat aktiviti seperti memberi minum anak-anak lembu dengan susu botol, memberi makan anak-anak kambing dengan rumput, malah di sini juga anda boleh melihat bagaimana susu diproses dan juga proses memerah susu. Sudah sampai disini, jangan lupa mencuba beberapa produk tenusu popular seperti susu Desa Cattle dalam kotak dan juga ais krim di sini ya, fresh dan sedap gitu.

desa dairy farm kundasang

desa dairy farm kundasang

Tiket Masuk Desa Cattle Dairy Farm : (Rujuk di gambar bawah)

  • Kinabalu Park

Kinabalu Park ialah Tapak Warisan Dunia pertama di Malaysia. Tarikan utama di Taman ini adalah tidak lain tidak bukan daripada kemegahan Gunung Kinabalu iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara dengan ketiggian 4095,2 meter. Di Taman ini juga memberikan anda keindahan tarikan semulajadi dan aktiviti menarik seperti melihat tumbuhan fauna (iaitu antaranya periuk kera terbesar di dunia, bunga rafflesia, dan orkid), spesis mamalia, meniti jambatan gantung, aktiviti berbasikal, dan macam-macam lagi. Penginapan seperti asrama dan chalet-chalet mewah juga ada disediakan di sini buat yang tercari-cari tempat penginapan.

kinabalu park kundasang sabah world-heritage-kinabalu-park-sabah

Manakala, bagi sesiapa yang ingin mendaki Gunung Kinabalu, semuanya bermula dari sini, Timpohon Gate adalah pintu pertama yang anda kena lalui untuk memulakan perjalanan mendaki. Selepas berlakunya gempa bumi, terdapat jejak baru untuk ke puncak iaitu Ranau Trail. Jejak baru akan mengambil pendaki dari Panar Laban (sebelum ini dikenali sebagai Laban Rata) di 3,272m ke Sayat Sayat (3,668m) kemudian terus ke jejak puncak ke Puncak Low pada 4,095.2m. Jejak baru mungkin lebih mencabar daripada jejak sebelumnya, tetapi pendaki akan diberi ganjaran dengan pemandangan di sepanjang jalan.

Notis penting: Mt. Kinabalu adalah destinasi popular, pengunjung yang ingin mendaki Gunung Kinabalu adalah dinasihatkan untuk membuat tempahan 6 bulan lebih awal untuk mengelakkan dissappointment. Bilangan pendaki adalah terhad kepada 135pax setiap hari.

Kredit : SabahTourism.com

  • Kundasang War Memorial

Kundasang War Memorial ini terletak betul-betul di pekan kundasang. Ianya dibina khas pada tahun 1962 untuk memperingati Banduan Australia dan British, rakyat borneo yang mempertaruhkan nyawa mereka untuk membantu tawanan perang berani Perang yang meninggal dunia di Sandakan dan semasa perarakan kematian terkenal ke Ranau semasa Perang Dunia II. yang terlibat dalam perang dunia kedua terutamanya tentera berikat dengan lanskap pemandangan yang cantik dan banyak info berkaitan perang dunia kedua di sini. Tiket untuk masuk para pelawat dikenakan bayaran rm10. kundasang-war-memorial-di-mana

tempat menarik kundasang tugu peringatan

Kundasang War Memorial ini mempunyai   empat taman yang indah untuk dilawati seperti Taman Australia, Taman Inggeris, Taman Borneo dan Taman Renungan and Pool untuk mewakili bangsa yang berbeza. Pelbagai jenis pokok dan bunga bungaan menarik yang boleh kita lihat disini terutama ketika berjalan-jalan di taman Inggeris yang unik. Pengunjung juga boleh memilih untuk melihat info dan video ringkas mengenai sejarah Sandakan Death March disini. Siapa suka sejarah jangan lupa singgah.

tempat menarik kundasang war memorial

tempat menarik kundasang war memorial



  • Mini Strawberry Farm

Mini Strawberry Farm ini terletak di Kampung Mesilou tidak jauh dari Desa Dairy Farm Kundasang. Diusahakan oleh penduduk tempatan, di sini kita diberi peluang untuk memetik sendiri buah strawberri mengikut harga yang telah ditetapkan. Tiket Masuk Strawberry Farm ini hanya Rm2.00 untuk rakyat Malaysia dan Rm5.00 untuk pelancong dari Luar Negara.

tempat menarik di kundasang sabah

tempat menarik di kundasang sabah

tempat menarik di kundasang sabah

  • Vegetable Market Farm

Pasar Sayur Kundasang ini terletak di tepi jalan utama pekan kundasang, terdapat pelbagai pilihan sayur-sayuran, buah buahan dan bunga bungaan yang segar boleh didapati di kawasan ini. Disini adalah antara tempat yang wajib singgah buat kami sekeluarga untuk membeli sayur kegemaran seperti Asparagus, kobis, kailan dan sebagainya.

tempat menarik di kundasang sabahtempat menarik di kundasang sabah

  • Poring hot spring

Poring Hot Spring ini terletak 15km dari pekan ranau. Kolam air panas semulajadi ini  sangat popular di kalangan penduduk tempatan iaitu  berendam disini baik untuk menghilangkan penyakit-penyakit kulit dan sakit-sakit otot.tempat menarik di kundasang sabah

Selain daripada tarikan utama air panas semula jadi di Poring Hot Springs, terdapat juga kawasan lain yang menarik di taman ini yang boleh dilawati seperti ladang rama-rama, Pusat Poring Orchid Pemuliharaan, taman tropika, kanopi laluan pejalan kaki Poring, dan tapak bunga Rafflesia. Waktu pembukaan Poring Hot Springs dibuka setiap hari 07:00-06:00.   Tiket Masuk Kolam Air Panas Poring adalah Rm3.00 (Dewasa) manakala di bawah 18 Tahun Rm1.00. Untuk Pelancong Luar Negara dan lain-lain Rm10.00 – Rm15.00

tempat menarik di kundasang sabah

 

  • Sabah Tea

Sabah Tea terletak lebih kurang 20km dari pekan ranau. Ladang Teh Sabah adalah satu-satunya ladang teh organik di Borneo. Terdapat juga pelbagai aktiviti dan kemudahan di Sabah Tea seperti laluan trekking, tempat penginapan, restoran dan kedai cenderamata. Sudah sampai disana, jangan lupa untuk merasai Teh Tarik Pandan Sabah yang popular di Tea House. Manakala, Ladang Teh dibuka setiap hari dari jam 8.00 Pagi hingga 4.30 Petang.


  • Sungai Moroli Ikan Tagal Kg Luanti

Spa Ikan Tagal yang popular ini terletak lebih kurang 25Km dari pekan Ranau. Aktiviti menarik disini ialah merendam kaki dan memberi makan ikan pelian. Ikan-ikan tagal disini dilatih oleh orang kampung dengan membuat urutan dan mengigit sel-sel mati dari kulit. Dikatakan juga membuat spa urutan ikan ini dapat membantu melembutkan kulit dan masalah psoriasis.ikan tagal kundasang ranau sabah

Terdapat juga kedai cenderamata, gerai-gerai yang menjual makanan dan minuman disini untuk mengisi perut yang lapar. Bagi yang belum pernah melalui jambatan gantung juga boleh merasainya disini. Tiket untuk merendam kaki adalah Rm5.00 untuk dewasa ( 13tahun keatas), Rm2.00 untuk kanak-kanak (6-12tahun). Tiket untuk berendam seluruh badan Rm10.00 untuk dewasa dan juga kanak-kanak. Manakala, Tiket untuk pelancong luar negara merendam kaki Rm10.00 untuk dewasa, Rm6.00 untuk kanak-kanak. Dan berendam seluruh badan pula Rm25.00.

ikan tagal kundasang ranau saba

  • Tugu ReplikaKobis

Tugu Kobis ini antara salah satu lambang yang tidak boleh anda ketepikan bila sudah sampai ke sini. Tugu ini adalah melambangkan bahawa Kundasang bukan sahaja terkenal dengan Gunung Kinabalu, Kedinginan udaranya yang nyaman malah tempat ini terkenal dengan pengeluaran dan penanaman sayur-sayur yang terbaik dan segar terutamanya sayur kobis. Jadi jangan lupa juga bergambar disini macam saya ya hehe 🙂

  • Mount Kinabalu Heritage & Spa

Dahulunya terkenal sebagai Perkasa Hotel Kundasang, kini Mount Kinabalu Heritage & Spa. Jika anda datang kesini anda boleh bergambar seperti (gambar saya di bawah) bernasib baik boleh nampak seluas-luas gunung kinabalu kerana tempat ini terletaknya di atas pekan kundasang. Anda juga dapat melihat pemandangan pekan kundasang yang indah dari atas ini. So sediakan camera untuk gambar yang menarik dan cantik disini.


Masih banyak lagi tempat menarik di Kundasang Ranau yang saya sendiri belum terokai, Insya allah saya akan update dari masa ke semasa kerana saya juga suka datang tempat ini. Bila perlukan rehat dan jauh dari kesibukan kota saya selalu ajak suami dan keluarga kesini. Kita jumpa lagi di lain entri, jika ada info yang sedikit salah harap dimaafkan hehe 🙂 Dan sebelum sampai ke Pekan Kundasang anda boleh singgah ke pekan Nabalu untuk shopping pelbagai cenderamata untuk di bawah balik. klik sini untuk ketahui kenapa anda patut singgah pekan Nabalu : Menarik di Pekan Nabalu. Dan entri saya penginapan terbaik di Kundasang ini Pilihan Penginapan di Kundasang juga mungkin membantu anda memilih penginapan anda ketika berada di Kundasang ini. Selamat Bermanfaat 🙂


(Visited 21,215 times, 53 visits today)

3 thoughts on “10 Tempat Menarik untuk dilawati di Kundasang Ranau Sabah”

  1. Ida Laila

    Bismillahi rahmanir rahim

    Terima kasih berkongsi banyak info disana

    Saya suka baca hasil penulisan puan , cantik pemandangan yang dikongsikan bersama dan mudah difahami

    Teringin mencipta kenangan bersama keluarga di sana

    Insya Allah …..

    akan datang ke terbang ke sana juga hehe ….. )

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge