Arnab Village Kundasang, Ranau.

“Perkampungan Arnab” yang semakin dikunjungi ramai ini adalah antara aktiviti menarik terbaru di Kundasang Ranau. Pertama kali menjejakkan kaki ke Arnab Village Kundasang pada 16 September 2017 yang lalu bersama anak-anak dan keluarga membuatkan hati ingin berkongsi pada orang ramai lokasi untuk ke sana. Bagi sesiapa yang belum pernah sampai bolehlah ikut petunjuk ini.

Arnab Village Ranau ini terletak di perantaraan Kundasang dan Ranau, jika perjalanan dari Kundasang, simpang untuk ke sana adalah sebelah kanan jalan. Dari tepi jalan besar boleh nampak signboard “Jalan Kibbas Mohimboyon Kundasang” kemudian jalan masuk kita akan lalu Sekolah Rendah Kinondou Ranau dan Jalan terus lagi ke depan sehingga jumpa gerbang Kampung Purakagis, Ranau.


Di Kampung Purakagis Ranau inilah terletaknya ” Perkampungan Arnab” yang comel-comel ini. Tetapi ambil perhatian juga pada kenderaan-kenderaan yang rendah, kena berhati-hati ya, kerana jalan untuk ke sini tidak rata, banyak berombak, berlubang, turun naik bukit dan ada sesetengah jalan yang masih gravel.


Tiket Masuk Arnab Village adalah seperti dibawah:


Manakala makanan arnab pula boleh dibeli dengan harga Rm1.00 seplastik. Terdapat juga peraturan yang harus dipatuhi oleh pengunjung Arnab Village seperti:

  • Jangan cederakan arnab
  • Jangan bagi snack @ makanan manusia
  • Jangan tarik arnab menggunakan telinganya
  • Jangan angkat arnab terlalu tinggi


Melihat wajah ceria anak-anak di Arnab Village ini memberi kebahagian bagi kami sebagai ibu bapa, sekali-sekala bawa anak-anak bercuti apa salahnya kan hehe:) Sekiranya entri ini bermanfaat untuk anda boleh saja kongsi dengan orang ramai. Jika tidak jumpa jalan ke sana boleh saja direct hubungi saya untuk pertanyaan: 016-8068065

Tempat Makan Sedap di Kota Kinabalu, Sabah

Faham sangat dengan kehendak pelancong, kerna bila saya dan keluarga bercuti ke luar daerah atau luar Negeri sekalipun, selalu juga akan ‘Google search’ Tempat Makan Sedap. Oleh itu, bagi anda yang datang ke Kota Kinabalu, Sabah dan tercari-cari di mana tempat makan sedap di sini, ini untuk anda:
Tempat makan sedap di kota kinabalu

Continue reading »

Pengedar Shaklee Ready Stock 2017

Assalamualaikum & Salam 18 Ramadhan,

Selamat menunaikan ibadah puasa dan selamat mengumpul amalan pahala di bulan yang mulia ini.

Alhamdulillah Setelah 4 tahun lebih dalam dunia perniagaan Shaklee ni, makin ramai customer dan kawan-kawan yang saya jumpa. Malah hampir setiap hari ada saja yang hubungi bertanyakan tentang Vitamin ini.


Untuk memberi nafas segar dalam blog ini, saya ulangi lagi dengan memperkenalkan diri saya sebagai Pengedar dan Ejen Shaklee yang Sah dan aktif di Seluruh Sabah dan juga Malaysia.

Kawasan penghantaran yang saya boleh buat adalah di Kota Kinabalu, Putatan, Penampang, Kinarut, Papar, Beaufort. Jika anda ingin membeli Vitamin dengan Konsultasi terbaik dari saya, Hubungi saya terus Call @ Whatsapp: 016-8068065 / 016-8224030

Ingin tahu harga setiap Vitamin Shaklee? Klik Sini:Harga Vitamin Shaklee

Ingin membeli dengan harga murah (harga member)? Klik sini :Daftar untuk Harga Murah

Ingin mengetahui Ejen Shaklee Aktif di bawah jaringan saya seluruh Sabah, Malaysia klik sini: Ejen Shaklee Aktif Sabah

Harga Baru Vitamin Shaklee 2017

Ramai yang tertanya – tanya Harga Baru Vitamin Shaklee Tahun ini. Harga baru ini berkuatkuasa 1 Mei 2017 selepas 11 Tahun tiada kenaikan harga. Harga ini harga untuk bukan ahli, jika anda ingin harga lebih murah dan jimat, bolehlah masuk member dahulu dengan bayaran Rm69.00. Banyak kelebihan join ahli Shaklee bersama saya 🙂 Insya Allah Panduan lengkap dan Konsultasi terbaik dari saya.

Continue reading »

Buah Pinggang Kembali Sihat dengan Anggur Vivix

Minum Anggur Pesakit Buah Pinggang kembali sihat? betul kah? boleh percaya kah? ok mari saya mulakan.

Ini adalah berdasarkan pengalaman customer saya sendiri yang mempunyai penyakit buah pinggang. Hari ini saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai buah pinggang dan minuman anggur yang menyelamatkan buah pinggang seseorang. Mahu tahu apa anggur tu? baca sampai habis ya. Sebelum tu kita kenali serba sedikit mengenai buah pinggang.

rawatan berkesan untuk buah pinggang Continue reading »

Pengedar Shaklee Tuaran Sabah Ready Stock

Tercari-cari PENGEDAR SHAKLEE @ EJEN SHAKLEE SAH di Tuaran Sabah? nah inii dia kawan saya hehe 🙂 Kami sudah lama kenal, dulu kawan sekerja, sekarang kami satu group dalam business Shaklee pula hehe. Baik dan lemah lembut orangnya. So sesiapa yang memerlukan Vitamin Shaklee Ready Stock sekitar Tuaran boleh hubungi dia ya..pengedar-ejen-shaklee-tuaran Continue reading »

Air Terjun Mahua, Tambunan

Paling happy anak-anak kami hari ni dapat mandi Air Terjun Mahua Tambunan. Sebenarnya sudah lama teringin kesini, tapi barulah hari ni berkesempatan untuk datang. Perjalanan kami hari ni unplanned. Gerak dari rumah agak lewat juga pada jam 11.30 am dan tiba di Tambunan pada jam 1.00 pm. Dan oleh kerana bila kami Google Search masih kurang info tentang Mahua Waterfall so…saya tulislah disini ya untuk kenangan dan info bersama.

Air Terjun Mahua Tambunan Sabah
Continue reading »

Hong Kong Disneyland 2017

Hong Kong Disneyland adalah tarikan utama kenapa kami pilih destinasi Hong Kong untuk bercuti bersama anak-anak. Taman Tema Disney yang hanya terdapat di 4 Negara (America, Japan, China, France) ini memang sesuai dikunjungi oleh seisi keluarga terutamanya kanak-kanak. Terletak di Lantau Island, Taman ini terdiri daripada tujuh kawasan bertema iaitu Main Street USA, Fantasyland, Adventureland, Tomorrowland, Grizzly Gulch, Mystic Point, dan Toy Story Land. Taman tema disini menggunakan bahasa pengantar dalam bahasa Kantonis, Bahasa Inggeris dan Mandarin.

hong-kong-disneyland-2017

Continue reading »

Percutian Bajet ke Hong Kong dari Kota Kinabalu Tanpa Travel Agent

Percutian kami sekeluarga ke Hong Kong selama 6 hari 5 malam tanpa Travel Agent March lalu alhamdulillah dipermudahkan. Bagi sesiapa yang ingin bercuti dari Kota Kinabalu ke Hong Kong bersama anak-anak, entri ini untuk anda. Banyak tempat menarik di Hong Kong untuk seisi keluarga terutama bagi kanak-kanak seperti Hong Kong Disneyland, Ocean Park, Victoria Peak (Sky Terrace), Wetland Park, Ngong Ping Cable Car, Madame Tussauds dan banyak lagi untuk dinikmati (baca sampai habis kalau mahu tahu lanjut hehe).

Continue reading »